29 Julai 2009

Terkini Tentang Kesihatan Pak Ngah

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, kelmarin keadaan Pak Ngah agak kurang memuaskan. Beliau kembali muntah-muntah apabila menjamah makanan. Dan pagi tadi, 29 Julai 2009, saya bersama isteri telah membawa beliau ke Poliklinik Bandar Maharani Muar bagi memastikan keadaan kesihatannya.

Doktor mengesahkan bahawa keadaannya agak lemah kerana muntah menyebabkan kandungan garam berkurangan. Ianya ada kitan dengan ubat yang diambil oleh beliau iaitu ubat aspirin. Aspirin yang diambil tidak begitu sesuai dengan keadaan umurnya yang semakin lanjut. Ianya menyebabkan alahan dan berkemungkinan menghadapi gastrik.

Oleh itu doktor telah menukarkan aspirin tersebut kepada ubat lain yang tidak memudaratkan perutnya. Dan doktor berpesan supaya memberi 100Plus bagi mengembalikan semua tenaga dan garam yang hilang akibat muntah tersebut.

Setakat tengahari ini, keadaan beransur pulih dan tidak lagi muntah-muntah. Saya mengharapkan agar kita semua dapat mendoakan agar Pak Ngah diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa siha selalu.

Sekian.

23 Julai 2009

Alhamdulillah...Syukur

23 Julai 2009 - Alhamdulillah, semalam pada 22 Julai 2009 (Rabu), jam 8.15 malam, Tuan Hj Ahmad (Pak Ngah), telah dibenarkan keluar dari hospital. Beliau nampaknya semakin pulih cuma belum kuat untuk bergerak, maklumlah 8 hari terlantar di katil hospital.

Terima kasih kepada semua yang datang berkunjung melawat beliau di rumah, di hospital, menelefon dari jauh bertanya khabar mahupun memanjatkan doa memohon agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan cepat pulih dan sembuh.

Sekian dahulu berita terkini.

19 Julai 2009

Gambar Pak Ngah Di Hospital

Kepada Pak Ajak yang request gambar Tuan Hj Ahmad (Pak Ngah) dan kepada sesiapa yang tak sempat melawat beliau di hospital, di sini dipaparkan gambar terkini yang di ambil petang tadi (19 Julai 2007 - Ahad).


Keadaan beliau semakin hari semakin beransur pulih berkat doa dari semua. Cuma beliau perlu banyak berehat untuk cepat pulih dan bertambah sihat. Terima kasih kepada semua yang datang melawat dan mendoakan kesihatan beliau segera sembuh.













17 Julai 2009

Perkembangan Terkini Pak Ngah

17 Julai 2009 - Dimaklumkan sehingga jam 9 pagi ini, keadaan kesihatan Pak Ngah nampaknya menampakkan perkembangan yang positif. Beliau sudah boleh menjamah makanan dan tidak lagi muntah walaupun kurang selera makan.

Bengkak di kaki juga sudah semakin surut. Keadaan warna air kencing juga sudah mula nampak normal, jika sebelum ini nampak pekat, mungin disebabkan ubat yang masuk ke dalam badannya membuang segala kotoran yang ada dalam badannnya.

Semalam, beliau menerima beberapa kunjungan saudara terdekat seperti, Mak Unggal dengan Abg Awang, Abg Muhid dengan Mak Long Gayah dan beberapa anak saudara beliau yang lain.

Saya berharap agar semua ahli keluarga dapat mendoakan agar keadaan kesihatan beliau semakin baik dan akan pulih seperti sediakala.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila telefon ahli keluarga kami. Sekian untuk makluman.

16 Julai 2009

Perkembangan Terkini

Dimaklumkan setakat pukul 9 pagi ini (16 Julai 2009), keadaan kesihatan Pak Ngah menunjukkan sedikit perkembangan yg baik. Beliau tidak lagi muntah-muntah tetapi paras garam di dalam badannya masih belum seimbang menyebabkan keadaan badannya masih lagi lemah. Doktor sudah pun memberi ubat bagi membuang kandungan air yang berlebihan di dalam badannya yang menyebabkan paras kandungan garam dalam badan menjadi terlalu rendah. (susah nak terangkan sebab bahasa doktor ni berbelit-belit skit). Tetapi secara keseluruhannya keadaannya menunjukkan perkembangan yang positif.

Saya berharap agar semua ahli keluarga dapat mendoakan agar keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan akan pulih seperti sediakala.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila telefon ahli keluarga kami. Sekian untuk makluman.

14 Julai 2009

Berita Terkini

(Terkini : Setakat 11.30 pg tadi, Pak Ngah telah dimasukkan ke Wad 7, HPSF, Muar)

Dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Pak Ngah buat masa ini kurang memuaskan. Setakat jam 10 pagi ini (14 Julai 2009), beliau masih lagi berada di dalam bilik kecemasan (belum dimasukkan wad lagi) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana muntah-muntah (disyaki penyakit gastrik - alahan ubat hospital) sejak 3 hari lepas. Mungkin ada blog keluarga yang lain telah memaklumkan perkara ini. Saya meminta maaf sekiranya lambat memaklumkan perkara ini kerana sibuk menguruskan keadaan beliau yang kurang sihat.

Terima kasih kepada semua keluarga terutama kepada Pak Ajak sekeluarga yang menelefon jauh dari Bintulu semata-mata ingin mengetahui keadaan terkini Pak Ngah setakat ini.

Saya berharap agar semua ahli keluarga kita dapat mendoakan agar Pak Ngah cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki beliau.

Sekian sahaja berita buat masa ini. Saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini ini dari semasa ke semasa.

11 Julai 2009

Gambar-Gambar Sekitar Sua Rasa TV9 di Muar Pada 4&5 Julai 2009

Sua Rasa TV9 Di Dataran Tanjung Emas, Muar
Pelbagai Gerai termasuk gerai Fair & Lovely
Gerai Produk dari FAMA

Ita sedang memilih tudung...nak pakai masa majlis hari jadi kot!!!

Tak tau la daging panggang apa la nie... rusa kot!!!
Gerai Cenderahati TV9
Alamak, cam kenal je mamat nie, sapa lagi kalau bukan Mr. Os (Apa Ke Halnya)

Pentas utama kat Tanjung Emas, macam-macam acara ader

La...dak Upin & Ipin pun sibuk datang kat Muar jugak...

Ita sedang memborong sakan!!!

07 Julai 2009

Karam Singh Walia Di Jalan Bakariah Part 3


video


Ini merupakan bahagian ketiga dan terakhir sedutan dari Buletin Utama bertarikh 26 Jun 2008 yang memaparkan penyelesaian terhadap masalah kilang haram berkenaan.

06 Julai 2009

Posto...Posto... Pengumuman Penting

(Untuk berlaku adil, maka posting yang sama diletakkan di sini sebagai backup)
Muar Traders Hotel, tempat akan berlangsung majlis keluarga kita semua

Adalah dimaklumkan bahawa setelah diteliti dan dibincangkan dengan mendalam,maka Majlis sambutan hari jadi yang sepatutnya akan diadakan di Batu 5, Bakri telah diubah tempatnya ke Muar Traders Hotel, Muar. Ini adalah bagi memenuhi hasrat Tuan Hj Ahmad yang ingin mengadakan majlis tersebut di hotel tersebut yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu).


Sambutan hari jadi tersebut bukan hanya untuk meraikan ulangtahun Hari Jadi beliau yang ke 70 pada tahun ini, tetapi juga akan meraikan seluruh Keluarga Mat Tuyu yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Sambutan ini juga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita yang telah lama tidak berkumpul beramai-ramai.


Selain itu, kita cuba membuat kelainan bagi acara kali ini memandangkan keluarga kita belum pernah menganjurkan majlis seperti ini di hotel. Jadi secara tidak langsung, kita mengurangkan beban keluarga, tidak payah memasak, tidak payah mengemas, datang dan kita raikan beramai-ramai. ini merupakan julung-julung kali keluarga kita akan mengadakan majlis di hotel, jadi standard la skit Keluarga Mat Tuyu.


Sehubungan dengan itu, saya sebagai blogmaster dan penganjur bersama majlis tersebut memohon jasa baik anda sepupu-sepupu sekalian agar dapat menyumbang sedikit saguhati bagi menjayakan majlis tersebut. Untuk makluman semua Pak Ngah telah pun bersetuju menyumbangkan sebanyak RM 1,000.00 untuk merealisasikan majlis tersebut.

Oleh itu diminta saudara saudari sekalian agar dapat menyumbang sedikit sekurang-kurangnya RM 50.00 seorang. Sebenarnya tiada had yang ditetapkan untuk sumbangan tersebut. Sesiapa yang ingin menyumbang lebih amat dialu-alukan. Kalau saudara-saudari menyumbang RM 10 pun kita menerimanya. Sumbangan tersebut adalah untuk menampung kos menyewa dewan hotel dan kos makanan serta lain-lain kos seperti hadiah dan cabutan bertuah yang akan diadakan.


Aturcara majlis akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam blog ini. Majlis ini juga akan dihadiri oleh beberapa orang VIP seperi Dato' SaipolBahri (Ketua UMNO Bahagian Bakri dan Datuk Dr Haris Salleh.


Cadangan dari saudara saudari semua dialu-alukan. Untuk sebarang pembayaran, anda boleh hubungi saya di talian 016-2204045/06-9511029(Rumah) atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 151043809334.


Sekian. Terima kasih untuk makluman semua. Sila panjang-panjangkan pengumuman ini kepada mereka yang tak baca blog ini (tak kira lah apa cara sekalipun; telefon, sms, mms, 3G, webcam dll).


p/s : Pak Ngah pesan (BUKAN blogmaster pesan tau!!!) mungkin ini sambutan terakhir hari jadi beliau. Selepas ini kalau umurnya panjang pun tiada sambutan seumpama ini akan diadakan disebabkan keadaan beliau yang telah uzur.

04 Julai 2009

Keratan Akhbar 40 Tahun Yang Lalu


Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, maka dipaparkan keratan akhbar yang telah menjangkau usia 40 tahun. Keratan akhbar ini sekitar bulan Ogos 1969.

Keratan akhbar tersebut berbunyi "Gambar persandingan di antara En Ahmad Ismail dengan isterinya Cik Zamnah Bte Mohamed (kiri) dan En Azhar bin Mohamed dengan isterinya Zaharah Bte Khamis (kanan) di Jalan Bakri Batu 3/4 Muar. Cik Zamnah dan En Azhar ialah anak-anak En Mohamed Bin Hamzah Pejabat Pos Muar. Ucapan ribuan terima kasih dari keempat-empat pengantin terhadap sahabat handai saudara mara yang telah meraikan dan memberi hadiah di hari perkahwinan mereka."

03 Julai 2009

Karam Singh Walia Di Jalan Bakariah Part 2


video


Video yang ini pula merupakan sedutan kedua dari Buletin Utama 27 Mei 2008 yang memaparkan lagi penderitaan penduduk Kg Jalan Bakariah, Muar, Johor (kat umah Pak Ngah & Mak Ngah) akibat daripada bau yang dikeluarkan oleh kilang perabot bersebelahan. Kali ini kilang tersebut diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM).


p/s: Kali ini tengok pulak menantu Mak Ngah beraksi depan kamera. Hmm..

01 Julai 2009

Karam Singh Walia Di Jalan Bakariah Part 1


video

Video di atas merupakan sedutan dari Buletin Utama 26 Mei 2008 yang memaparkan penderitaan penduduk Kg Jalan Bakariah, Muar, Johor (kat umah Pak Ngah & Mak Ngah) akibat daripada bau yang dikeluarkan oleh kilang perabot bersebelahan.

Bangga juga org Sawmill (panggilan org dulu bagi penduduk sekitar Jalan Bakariah dan Jalan Ismail) dapat masuk warta berita. Siap dapat temu ramah dari Mr Suka Angkat Tangan Karam Singh Walia. Saksikanlah bahagian pertama sedutan dari Buletin Utama TV3.

p/s: Tengoklah Mak Ngah dan menantunya beraksi depan kamera.

Posto..Posto...Hari Lahir Ayahanda Telah Tiba..Jangan Lupa Bawa Hadiah Yer..Penjelasan Tentang Majlis Hari Jadi

(Tajuk posting di atas hanya sekadar hiasan sahaja bagi menyedapkan cerita dan menarik untuk dibaca...hehehe.., dan tidak ada kena mengena tentang majlis hari jadi Pak Ngah tetapi hari jadi semua keluarga Mat Tuyu yang lahir dalam Bulan Ogos...jadi jangan terkeliru dengan tajuk itu yea...)

Untuk mengelakkan kekeliruan tentang majlis hari jadi yang akan diadakan, di sini saya akan jelaskan beberapa perkara.

Pertamanya, untuk makluman semua, idea mengadakan majlis hari jadi ini datangnya dari Tuan Hj Ahmad (Pak Ngah) yang ingin mengadakan sambutan khas ulang tahun hari lahirnya yang ke 70 bersama Ulangtahun Perkahwinannya bersama Mak Ngah yang ke-40 serta Ulangtahun ke-21 menjadi Ketua UMNO Cawangan Jalan Bakariah. Majlis yang dirancang sebenarnya tidak melibatkan mana-mana keluarga, hanya keluarga dijemput meraikan majlis tersebut. Majlis yang dirancang tersebut akan diadakan pada 1 Ogos 2009.

Tetapi disebabkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan tempohari, maka kami sekeluarga telah berbincang dan memutuskan sebulat suara membatalkan majlis tersebut.

Jadi untuk tidak menghampakan hasrat beliau, maka kami sekeluarga telah berbincang dan memutuskan untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran yang dihadiri oleh saudara terdekat. Kemudian apabila beberapa keluarga datang menziarahi beliau tempohari dan dimaklumkan tentang majlis tersebut, maka beberapa ahli keluarga telah mencadangkan agar diadakan majlis sambutan hari jadi yang sama telah diadakan 2 tahun lepas. tetapi kali ini lokasi yang dipilih adalah di Rumah Batu 5, Bakri dan butiran yang lain seperti yang saya telah nyatakan di dalam posting lepas.

Jadi tarikh yang sama iaitu 1 Ogos telah dipilih memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Jadi soal tidak berbincang dengan keluarga yang lain tidak timbul memandangkan saya telah memaklumkan hasrat majlis ini di dalam blog tempohari.

Sehubungan dengan itu, maka saya meminta semua ahli keluarga dapat memahami situasi sebenar perkara ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya. Dan sekiranya terdapat cadangan dari ahli keluarga tetang majlis tersebut, saya amat mengalu-alukannya.

Terima kasih.

Mari Berborak