30 Ogos 2009

Gambar Terkini Keadaan Pak Ngah

Pak Ngah tengah makan ayam bakar...bakar sendirik lagi....sedap ooo... Nampak kakinya yang berbungkus tu, itulah luka akibat gelembung yang dah pecah...

Pak Ngah dah tersandar sebab kenyang makan ayam bakar tadi

Nie la dia makanan berbuka kitaorng hari Jumaat hari tu..ada ayam bakar, nasi goreng, ikan goreng, dan tidak ketinggalan Kopi 434...

28 Ogos 2009

Keadaan Terkini Pak Ngah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.

Setakat ini, keadaan Pak Ngah nampaknya semakin pulih. Selera makan pun sudah ada. Cuma kekuatan fizikalnya masih lagi lemah. Masih lagi memerlukan bantuan untuk bangun dan menggunakan tongkat. Keadaannya semakin ceria tetapi letih kerana tak mandi akibat luka pada kakinya yang harus dijaga kerana beliau mengidap kencing manis, jadi seharusnyalah kami semua berjaga-jaga.

Luka itu terjadi akibat keluar gelembung secara tiba-tiba ketika beliau di hospital tempohari. Jadi beliau dinasihatkan supaya berhati-hati dan minggu depan kami akan membawa ke poliklinik.

Sekian...nak buka puasa daa... nanti esok sambung lagilah....

22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Saya bagi pihak keluarga Mak Ngah Mat Tuyu mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan kepada semua ahli kelurga Mat Tuyu dan umat Islam seluruhnya. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa dan beramal ibadah kepada yang Maha Esa.

19 Ogos 2009

Selamat Hari Jadi Kepada Isteri Tercinta & Keadaan Terkini Pak Ngah

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, saya bagi pihak isteri saya mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga Mat Tuyu yang mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada isteri saya, Puan Rosnita bte Sofian pada hari ini 19 Ogos. Saya juga secara peribadi ingin mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HARI JADI KE -27 kepada beliau, semua panjang umur,sihat, murah rezeki dan diberkati Allah.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Jadi juga kepada Eza Shaheeda bte Abd Razak, semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa Pak Ngah telah pun keluar dari hospital petang semalam 18 Ogos 2009. Keadaan nampaknya semakin pulih.

Sekian untuk makluman semua.

18 Ogos 2009

Keadaan Terkini Pak Ngah

Assalamualaikum...


Setakat 8 pagi 18 Ogos 2009, Pak Ngah masih lagi dirawat di Wad 8 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Keadaannya masih lagi baik cuma mungkin beliau mungkin akan berada di wad untuk tempoh beberapa hari lagi.


Menurut makluman dari doktor, Pak Ngah masih tidak dibenarkan keluar bagi memastikan paras gula dan garam dalam badan betul-betul stabil sebelum beliau dibenarkan keluar.

14 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Tuan Haji Ahmad Ismail Ke -70

Hari ini 14 Ogos 2009, genaplah usia Ayahandaku yang tercinta, Tuan Haji Ahmad bin Ismail yang ke-70. Walaupun majlis sambutan hari lahir beliau telah diadakan lebih awal pada 1 Ogos 2009, di sini saya tetap akan meraikan majlis sambutan hari lahir beliau walaupun dalam keadaan beliau terlantar di hospital sejak 3 hari lalu (dimasukkan ke hospital pada hari Selasa malam) kerana kekurangan gula.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada beliau semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan akal fikiran agar dapat terus membimbing dan menerajui keluarga kami khasnya dan Keluarga Mat Tuyu amnya.

Saya juga memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah.

Di sini juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-38 kepada Kak Idah yang juga menyambut hari lahir pada hari ini (14 Ogos 1971). Juga didoakan panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan akal agar dapat memimpin kami menubuhkan member committee untuk keluarga kita.

10 Ogos 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri 2009

Semalam 9 Ogos 2009 (Ahad) merupakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri 2009. Saya sebagai salah seorang perwakilan dari cawangan menjalankan tanggungjawab untuk menghadiri persidangan tersebut.

UMNO Cawangan Jalan Bakariah diwakili 3 orang perwakilan iaitu Pak Ngah, Nyai dan saya sendiri. Tetapi Pak Ngah tidak dapat hadir kerana kurang sihat manakala Nyai pula terpaksa cover Pak Ngah. Jadi hanya saya seorang yang dapat hadir mewakili cawangan saya.

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Hj Abd Ghani Othman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor. Mesyuarat diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.


Banner Mesyuarat
Suasana di dalam dewan

Suasana di dalam dewan lagi


Kenderaan jenazah sumbangan Dato' Saipolbahri kepada Parlimen Bakri

Suasana di luar Dewan Jubli Intan

Suasana sebelum mesyuarat bermula

Suasana sebelum persidangan bermula

Suasana di belakang dewan sebelum kedatangan MB.

MB dan Dato Ghani serta barisan MT Bahagian Bakri (harap maaf gambar kurang memuaskan...maklumlah shoot dari jauh ajer...)


Datuk Dr Haris, Dato' Saipol, Dato' Ghani, Datuk Sulaiman Taha (Labis) & Dato Dollah (ramai sangat datuk daa...)

Sedang menyanyikan lagu UMNO Johor

Semua Datuk2 dah duduk

Dato Ghani tengah berucap

Perasmian kenderaan jenazah oleh Dato Ghani

Dato' Ghani & Dato' Saipol tengah mencuba kenderaan jenazah

Dato' Ghani beramah mesra dengan perwakilan

Nie kereta Dato Ghani, dia dah nak balik dah pun....

Dato' Ghani berlepas pulang

Terkini Keadaan Kesihatan Pak Ngah

Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yang terkini tentang kesihatan Pak Ngah untuk dilaporkan. Masih seperti biasa. Masih juga muntah,tetapi keadaan nampaknya terkawal tanpa perlu rawatan di hospital. Cuma keadaannya masih lagi tidak begitu memuaskan tetapi tidak serius. Dalam fasa untuk pemulihan. Sama-sama la kita semua berdoa agar kesihatan Pak Ngah semakin baik.

Itu sahaja untuk hari ini.

Sekian.

05 Ogos 2009

Pak Ngah Dah Keluar Wad

Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ahmad Ismail (Pak Ngah) sudah dibenarkan keluar dari wad pada jam 6.50 petang tadi.

Sekian.

Terkini Tentang Kesihatan Pak Ngah

Setakat hari ini 5 Ogos 2009 jam 11 pagi, keadaan Pak Ngah nampaknya semakin baik. Tidak ada apa-apa yang serius. Ujian endoskopi pada Isnin mendapati tiada yang serius dalam perut dan usus beliau. Cuma sedikit pendarahan akibat alahan ubat aspirin tempohari.

Beliau tidak lagi muntah dan sudah boleh menjamah makanan walaupun kurang selera makan. Yang ada cuma kesukaran membuang air besar, tetapi semalam beliau telah membuang air besar.

Doktor akan menganalisis ujian darah beliau untuk melihat jika terdapat kekurangan sel atau darah. Selain daripada itu keadaan semuanya terkawal.

Sekian.

03 Ogos 2009

Penjelasan Tentang Keadaan Pak Ngah Tempohari

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ada terbaca posting saya di Blog Keluarga Mat Tuyu pada 31 Julai 2009, saya ada menulis tentang dugaan terbesar.

Sebenarnya pada pagi Jumaat 31 Julai 2009 jam 2.00 pagi, saya sekeluarga terpaksa menghantar Pak Ngah ke Unit Kecemasan Hospital pakar Sultanah Fatimah Muar kerana keadaan beliau yang agak lemah dan muntah-muntah semula.

Pada pukul 6 pagi barulah beliau dimasukkan ke Wad 7. Oleh itu kami sekeluarga telah sepakat untuk merahsiakan sebentar kemasukkan beliau ke wad atas sebab-sebab tertentu.

Antara sebabnya ialah kami tidak mahu majlis yang telah dirancangkan tergendala kerana masalah tersebut dan tidak mahu ahli keluarga risau tentang keadaan beliau kerana majlis yang dirancangkan kurang dari 48 jam untuk dijalankan.

Oleh itu, selepas berbincang dengan doktor yang merawat beliau, mereka bersetuju Pak Ngah dibawa keluar untuk menyambut majlis tersebut tetapi dengan syarat sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, pihak hospital tidak bertanggungjawab kerana beliau dikeluarkan atas permintaan keluarga dan beliau sendiri. Kemudian kami diminta memasukkan beliau semula ke wad pada pagi 2 Ogos 2009 kerana dijangka pada 3 Ogos, doktor akan mengadakan ujian endoskopi (masukkan kamera ke dalam perut) unutk memeriksa keadaan perut dan usus Pak Ngah.

Jadi pada tengahari 1 Ogos 2009, beliau dibawa keluar ke hospital terus ke rumah dan sehingga majlis berlangsung pada malam 1 Ogos tersebut. Kemudian pada tengahari 2 Ogos kami menghantar beliau semula ke hospital hinggalah ke hari ini.

Oleh itu saya mewakili Keluarga Mak Ngah meminta maaf sekiranya terpaksa merahsiakan sebentar keadaan Pak Ngah tempohari. Bukan sengaja tetapi ada sebabnya.

Itulah sahaja cerita disebalik nukilan pada 31 Julai 2009.

02 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Tuan Haji Ahmad Ismail & Puan Zamnah Hj Mohamed Ke-40 Tahun

Hari ini 2 Ogos dalam tahun 1969, Tuan Haji Ahmad Ismail telah selamat bernikah dengan Puan Zamnah Hj Mohamed di Batu 3/4 Bakri Muar. Maka pada hari ini 2 Ogos 2009, genaplah usia perkahwinan mereka selama 40 tahun.

Selamat Menyambut Ulangtahun ke-40 dari kami sekeluarga kepada mereka berdua.

Juga tidak lupa kepada En Azhar Hj Mohamed dan Puan Zaharah Khamis (Pak Andak & Mak Andak), selamat ulangtahun perkahwinan ke 40 tahun.

Mari Berborak