13 Disember 2009

Jenjalan Carik Makan


Assalamualaikum...

Nampaknya hujung minggu nie takde aktiviti nak buat. Selalunya macam minggu lepas, banyak jemputan kenduri orang kahwin, tapi minggu nie nampaknya takde langsung. Tapi minggu-mingu berikutnya memang la bersusun-susun la pulak.

Jadiknya, untuk mengisi masa hujung minggu nie, Pak Ngah ajak makan asam pedas kat Parit Jawa. Biasa la dekat Medan Asam Pedas Parit Jawa kat tepi laut tu.

Time hujung minggu nie memang ramai pengunjung, jadinya kebanyakan lauknya pun dah nak abis, itu datang pukul 12, kalau datang pukul 2, tinggal periuk dengan kuahnya saja.

Taknak cerita bebanyak, gambar boleh menceritakan pelbagai makna...hehehe...


Pak Ngah & Mak Ngah berselera makan nampaknya...sesekali makan asam pedan masakan kedai pulak...asyik masakan sendiri ajer...sesekali pekena lauk kedai pulak



Menantu Mak Ngah nie jeling-jeling ajer...tengah jeling telur dadar, sayur kacang potong, sambal belacan atau ...


Inilah dia lauk kami tengahari tadi...ikan cencaru & kepala ikan jenahak...ikan lain Pak Ngah tak berkenan...ikan merah & pari dah abis daa...


Mak Ngah mencekut sayur kacang, minuman faberet, air sirap...hahaha


Lain-lain pengunjung yang datang makan di Medan Asam Pedas Pt Jawa nie...


Bukan orang Melayu aje...kaum Cina pun minat makan asam pedas tau...siap hirup kuah asam pedas lagi...1Malaysia la katakan....

01 Disember 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Puan Rahmah Bte Ahad



Allahyarhamah Puan Rahmah Bte Ahad (kiri) bersama anak beliau ketika majlis perkahwinan blogmaster 4 tahun lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hanya ingin memaklumkan kepada keluarga terdekat tentang kembalinya ke Rahmatullah adik bongsu kepada Allahyarhaman Hjh Zainah Ahad iaitu Puan Rahmah Ahad atau lebih dikenali dikalangan keluarga sebagai Busu Halus.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kluang petang tadi, Selasa 01 Disember 2009 akibat sakit kencing manis dan akan dikebumikan di Simpang Renggam. Beliau berusia 76 tahun.

Beliau merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik dan merupakan anak pasangan Tok Ahad bin Kassim dan Tok Sipah bte Hj Omar iaitu ibu bapa kepada Tok Long, Hjh Zainah Ahad.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin..

Mari Berborak