05 Januari 2013

Hol Allahyarhamah Nenda Tercinta

Assalamualaikum...

Telah lama tak kemaskini blog ini, jadi sempena Tahun Baharu 2013 nak la kemaskini sikit maklumat.

Hari ini, 05 Januari 2013 ialah Hol Allahyarhamah Puan Hasmah binti Ahad. Beliau merupakan ibu kepada ayahanda tercinta, Haji Ahmad bin Ismail.

 Allahyarhamah Hasmah (kanan) bersama-sama adiknya Allahyarhamah Hajah Zainah pada Ogos 1991

Beliau meninggal dunia pada Khamis 05 Januari 1995 bersamaan 03 Syaaban 1415 Hijrah kira-kira jam 7. 15 malam di rumah beliau di Jalan Bakariah, Muar. Beliau meninggal dunia akibat sakit tua. Ketika meninggal dunia, beliau berusia 84 tahun.

Sijil Kematian  Allahyarhamah Hasmah

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1911 di Muar. Beliau berkahwin dengan Allahyarham Ismail bin Salleh berasal dari Rawang, Muar (kini Daerah Ledang) dan dikurniakan 5 orang anak iaitu THaji Omar, Allahyarhamah Hajah Maznah, Puan Hasnah, Allahyarhamah Puan Zainon dan Haji Ahmad. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Haji Idris dari perkahwinan pertama suami beliau.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-Fatihah...

Pusara  Allahyarhamah Hasmah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri Muar.



Mari Berborak