http://www.emailcashpro.com

29 September 2010

Rayer@NyahMat2U Episod 4

Salam semua...



Mesti korang semua tertanya-tanya..apsal tetiba mula terus episod 4, mana dia hilangnya episod 1,2 dan 3??



Saja je nak buat gempak skit...cam citer Star Wars tu..pun start dari episod 4 gak...bukannya apa...saja nak mengenal asal usul. Jadi kita mulakan citer hari raya kali ini dengan episod ke 4.



Episod ke-4 ini bermula di pagi hari raya kedua iaitu sebelum memulakan aktiviti, kita kenalah bersarapan dulu. Jadi sarapan wajib kitaorang pagi raya kedua tak lain dan tak bukan ialah ketupat goreng.



Bagi Warga Mat Tuyu mungkin dah biasa dengar apa tu ketupat goreng. Bagi mereka yang belum pernah dengar apa itu ketupat goreng, ianya sama seperti nasi goreng juga cuma bahan utamanya ialah ketupat atau nasi impit yang dipotong kecil-kecil.Rempah & rencahnya sama seperti kita membuat nasi goreng, cuma ditambahkan dengan sedikit kuah kacang bagi menyedapkan lagi rasa masakannya. Beginilah rupanya ketupat goreng yang sedang digoreng di atas kuali. Memang sedap dan marvelous!!!



Selepas bersarapan, aktiviti seterusnya ialah menziarahi pusara orang-orang yang telah pergi lebih dahulu dari kita di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri. Pusara pertama yang kami ziarahi ialah pusara Allahyarhamah Hajah Zainah Ahad.




Selepas itu kami menziarahi pula pusara Allahyarhamah Hasmah Ahad. Zainah & Hasmah adalah adik beradik. Hasmah meninggal dunia pada 05 Januari 1995 manakala Zainah pula pada 02 Januari 2005.




Kemudian kami terus menziarahi pusara Allahyarham Tuan Haji Muhammad Hamzah@Mat Tuyu.


Selepas itu, kami terus menuju ke pusara Allahyarhamah Hafsah bte Mukmin, ibu kepada Allahyarham Hj Muhammad bin Hamzah. Kepok yang dibuat dengan batu bata sudah tidak kelihatan kerana ditutup tanah. Untuk anak cucu yang kemudian yang ingin menziarah, lot kuburnya bernombor 4272.


Kemudian, kam terus bergerak ke belakang menuju ke pusara Allahyarhamah Hasliza bte Ahmad. Di sebelahnya pula pusara Allahyarham Adman Sharif Isa (anak Mak We) dan di sebelah tepinya pula pusara Allahyarham Abdul Hakim Matar.






Selesai menziarahi pusara keluarga, kami terus bergerak balik dan tak lama selepas kami balik ke rumah, anak saudara Pak Ngah iaitu Kak Arah & Abg Atan, anak arwah Mak Ngah Nah datang beraya di rumah kami bersama anak dan cucunya.

Nampaknya air kaler biru terus mendapat perhatian...




Kemudian pada waktu petangnya kami dikunjungi oleh anak saudara Pak Ngah iaitu saudara Amran Omar, anak Pak Long Omar.

Pak Ngah @ Busu Mamat & abangnya Pak Long Hj Omar Ismail bersama anak Pak Long, Amran Omar

Dan pada waktu malamnya pula aktiviti marhaban Keluarga Mat Tuyu di rumah Mak Long Gayah pula mengambil tempat. Gambar dan aktiviti ini boleh dilihat dalam Raya@Mat2U Family Bahagian Kedua yang akan menyusul nanti.

Nantikan episod ke berapa pula seterusnya selepas ini....Tungguuu!!!!!

14 Ogos 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Ke-71 Buat Ayahanda Tuan Haji Ahmad Ismail


Assalamualaikum dan selamat berpuasa...

Saya mengambil kesempatan di sini sebagai blogmaster Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke-71 Tahun buat ayahanda tercinta, Tuan Haji Ahmad bin Ismail.

Semoga beliau terus dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, murah rezeki, ditetapkan iman serta sentiasa sejahtera di samping kami sekeluarga khususnya dan seluruh Keluarga Mat Tuyu umumnya.

Dua minggu lepas, kami sekeluarga telah mengadakan sedikit jamuan kecil-kecilan bagi menyambut ulangtahun kelahiran Pak Ngah & ulangtahun perkahwinan Pak Ngah & Mak Ngah ke-41 tahun.

Mari kita layan gambar-gambarnya di bawah :

Kanak-kanak dikumpulkan di satu tempat supaya tak mengganggu orang tua makan...hehe

Semua sedang menjamu selera, yang tak dapat hadir cuma En Sudin kerana ada hal kerja yang perlu dibereskan

Kelihatan Pak Ngah makan ayam "Atok Putih" (KFC la tu) di atas meja

Bukan setakat ayam, macam-macam ader...

Cucu-cucu Tok Abah nak ucapkan Selamat Hari Jadi & Allah Selamatkan Kamu buat Tok Abah & Tok Mak...terima kasih sebab belanja kami "Atok Putih"...Zahirah kata.."Sedapnya makan KFC nie.."..hehe

02 Ogos 2010

Sudah 41 Tahun Usia Perkahwinan Tuan Hj Ahmad & Puan Zamnah

Assalamualaikum...


Hari ini genap usia perkahwinan Tuan Haji Ahmad & Puan Zamnah yang ke-41 tahun. Semoga mereka berdua berkekalan jodohnya sehingga ke akhir hayat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, sihat tubuh badan serta dilimpahi rahmat sepanjang kehidupan mereka berdua.

Tahun ini tiada apa-apa acara istimewa menyambut tarikh keramat ini, hanya jamuan kecil-kecilan bersama anak-anak dan cucu-cucu tercinta. Di kesempatan akan datang akan di upload majlis jamuan tersebut.

Kami anak beranak dan cucu-cucu semua mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-41 Tahun.

Sekian.

11 Julai 2010

08 Jun 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-67 Tahun Buat Puan Zamnah Hj Mohamed


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Hari ini 8 Jun merupakan ulangtahun hari kelahiran bonda tercinta, Puan Zamnah Hj Mohamed @ Nyah @ Mak Ngah yang ke-67 tahun.

Saya bagi pihak keluarga Mak Ngah & keluarga Mat Tuyu mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa.

Dan saya juga bagi pihak cucu-cucu Tok Mak juga mengucapkan Selamat Hari Jadi & Allah Selamatkan Kamu!!!


Selamat Hari Jadi Dari Siti Nur Zahirah, Fatin Suhaila & Fara Hani Izzati Buat Tok Mak

20 Mei 2010

Selamat Panjang Umur Kepada Abang Iparku En Samsudin Amin

Assalamualaikum...

Di kesempatan yang sentiasa sibuk ini, sempat juga untuk mengucapkan Selamat Ulang tahun Kelahiran yang ke-50 tahun buat abang ipar, En Samsudin Amin.


Bergambar kenangan bersama isteri tersayang di Restoran Perahu, Batu Pahat

Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

Sekian. Adios

04 April 2010

Majlis Tertunda Hari Jadi Siti Nurzahirah

Assalamualaikum...

Lama betul membiarkan laman blog ini bersawang dan terbiar. Bukannya malas cuma sibuk dengan tugasan seharian yang tidak menyempatkan diri untuk menulis di dalam blog.

Tapi tak mengapa, di kesempatan ini nak kongsi sedikit majlis makan-makan sempena hari jadi Siti Nurzahirah tempohari. rasanya baru je lagi, dalam bulan Mac la gak. Masa tu, dia baru je baik dari demam, jadi gambar pun nampak macam layu je.

Majlis ini di'sponser' oleh Aki dia iaitu Poksu. Jadi Tok Abah, Tok Mak, Pakcik & Cik Ita tumpang sekaki la gak. Jadi di sini dikongsikan beberapa gambar majlis makan-makan itu yang diadakan di KFC Giant Muar.

Aki & Wan tengah melayan Zahirah

Sedang menghiburkan Zahirah yang baru baik dari demam tempohari

Manis bertudung cucu Aki, Wan, Tok Abah & Tok Mak

Wan sedang melayan Zahirah makan kentang goreng

Semua ada kecuali Mak Ngah Sarah & Keluarga Mak Long In

Makan jangan tak makan

Itu sahaja untuk kali ini. Adios Amigos...

22 Februari 2010

Happy Birthday To Siti Nurzahirah

Assalamualaikum...

Kalau seminngu lepas, hari lahir Abi nya...jadi hari ini genap 3 tahun usia anak sedara aku nie, Siti Nurzahirah binti Hairulanuar. Comel, penggilan tok abahnya, Siti panggilan Tokmak pulak, tapi dia membahasakan dirinya Ah atau Ziya.

Walau apa pun panggilannya tak kisahlah. Bagi Tok Abah, Tok Mak, Pak Cik, Cik Ita, Pak Long Sudin & Mak Long In sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-3, semoga panjang umur, menjadi anak yang solehah dan membesar sihat dan kuat...macam iklan TV plak...

Okey...chow dulu...

14 Februari 2010

Antara Birthday, Gong Xi Fa Cai & Valentine's Day

Assalamualaikum...

Fuh!!!...rasanya lama betul tak kemaskini blog nie..dah betul-betul bersawang. Al maklumlah, blogmaster sibuk kemaskini blog lain di samping buat lain-lain kerja & kurang sihat tempohari. Jadi minta maaf le bebanyak yer...Jadi di kesempatan cuti panjang skit nie nak la kemaskini blog yang dah bersawang.


Pertama-tamanya nak ucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke-36 buat kekanda tercinta, En Hairulanuar Hj Ahmad. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta ditetapkan iman.


Yang kedua, nak ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kengkawan yang menyambutnya. Jadikan kunjung mengunjung amalan kita semua.Jangan lupa kumpul ang pow banyak-banyak...jangan sampai kena pow atau pow orang dah la yer...


Dan yang ketiga, nak bagi pesanan kat muda mudi kita supaya jangan la menyambut Valentine's Day sebab ianya banyak unsur-unsur yang menyesatkan. Jadikan yang baik itu amalan dan yang buruk itu sempadan.

Itu je la buat masa ini...Lain kali cerita lagi..

14 Januari 2010

Al-Fatihah Buat Pn Zainon Ismail...


Al-Fatihah...

Untuk makluman semua, kakak kepada Tuan Hj Ahmad Ismail iaitu Puan Zainon Ismail (Cik Enon), yang menetap di Simpang Renggam Johor telah meninggal dunia pada pukul 6.00 petang ini (14 Januari 2010) di hospital Simpang Renggam akibat serangan jantung dalam usianya 74 tahun.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin

03 Januari 2010

Jalan-Jalan Cari Makan Di Batu Pahat


Bertemu kembali...

Selamat Tahun Baharu 2010 diucapkan kepada semua Warga Mat Tuyu. Walaupun blog nie jarang-jarang dikemaskini oleh sebab kesibukan blogmasternya yang banyak sangat menjaga blog lain, tetapi tidak ketinggalan dalam mengemaskini aktiviti terkini Keluarga Mak Ngah sepanjang hujung minggu.

Kali ini nak cerita pasal makan juga, kalau hari tu makan ikan asam pedas kat Parit Jawa, jadi sempena tahun baharu dan menyambut hari jadi Fatin Suhaila yang ke-3 (pada 25 Januari 2010) serta Fara Hani Izzati nak mula ke sekolah Tahun Satu Isnin ini, jadi En Samsudin dan Puan Haslin dah berbesar hati untul belanja satu keluarga makan ikan bakar di Restoran Perahu, Batu Pahat.

Nak tahu apa aktiviti seterusnya, moh la tengok gambar-gambar yag disediakan...


Inilah dia Restoran Perahu kat Batu Pahat, walaupun bosnya bangsa Cina, tetapi pekerja & tulang masak semuanya Melayu


Semua tengah tak sabar menunggu


Sambil menunggu sempat kanak-kanak kita nie berposing dengan cermin mata hitam


Apa dia yang dimenungkan oleh Puan Yatiepian yer...tunggu ikan bakar lama sangat..kembung perut asyik minum air tembikai & skyjuice


Peace...perut lapar tapi sempat posing


Semua tengah menyerang ikan siakap masak sweet sour


Ini dia siakap masak steam


Semua tengah kegembiraan makan..syoh betul...ikan bawal masak black pepper kat pinggan biru tu...


Inilah yang ditunggu-tunggu..udang masak dengan majerin disalut telur..menyelerakan


Mak Ngah ketawa terbahak-nahak makan sotong sambal


Pergh..Pak Ngah makan udang tak ingat dunia..jangan bergaru dah la yer...


Kanak-kanak berposing lepas habis makan...terdengek semua yer...


Birthday girl...Fatin Suhaila pada 25 Januari nie...

Ergghh...sendawa sekejap...hehehe...keseluruhannya ada dekat 10 jenis hidangan dari air tembikai, nasi putih, ikan siakap masak sweet sour & steam, ikan bawal masak black pepper, kangkung belacan, sotong sambal, udang goreng majerin, telur dadar, ikan pari bakar dan air skyjuice..memang berbaloi-baloi...

Nak lagi banyak gambar...lawati pulak blog Puan Yatiepian..lebih banyak ulasan dan gambar yang akan diberikan...

Okey semua..adios.

Mari Berborak