http://www.emailcashpro.com

30 Jun 2009

Gambar Perkahwinan Tuan Hj Ahmad (Pak Ngah) & Puan Zamnah (Mak Ngah)

Gambar perkahwinan Tuan Haji Ahmad Ismail dan Puan Zamnah Hj Mohamed (Pak Ngah & Mak Ngah)


Sebagai respon kepada gambar dari Andak Mat2U tentang posting gambar perkahwinan Pak Andak dan Mak Andak, di sini dipaparkan gambar perkahwinan Pak Ngah dan Mak Ngah.

Kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya, tarikh persandingan mereka adalah pada 3 Ogos 1969 dan mereka berempat (Mak Ngah, Pak Ngah,Pak Andak dan Mak Andak) sebenarnya bersanding sekaligus (pengantin empat). Saya pernah melihat keratan akhbar yang memaparkan persandingan mereka berempat. Saya sedang mencari keratan akhbar tersebut untuk diletakkan bersama-sama posting ini.

Untuk makluman semua, 2 Ogos 2009 ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40 tahun. Semoga mereka berempat terus sihat walafiat dan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

28 Jun 2009

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Cucu-cucu Tersayang

Di bawah ini merupakan gambar-gambar sekitar sambutan ulangtahun hari jadi ke-2 bagi kedua-dua cucu Pak Ngah & Mak Ngah iaitu Fatin Suhaila pada 25 Januari dan Siti Nur Zahirah pada 22 Februari yang diadakan di rumah pada 1 Februari 2009.

Inilah gambar ketiga-tiga cucu Mak Ngah iaitu dari kiri Siti Nur Zahirah, Fara Hani Izzati & Fatin Suhaila

Birthday girl dengan kek hari jadi

Satu lagi pose dengan kek hari jadi

Kakak Fara pun tumpang sekaki potong kek jugak

Adik beradik tengah potong kek

Time mak bapak pulak menjamu selera

Fatin Suhaila yang petah bercakap

Siti Nur Zahirah dengan pose tersendiri

Menerima hadiah hari jadi dari Tok Mak

Terima hadiah lagi dari Tok Mak dibantu oleh Cik Ita


Bergambar dengan Tok Abah dengan hadiah

Fatin dengan hadiah baju Upin & Ipin

27 Jun 2009

Alhamdulillah

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini. Terima kasih juga kepada mereka yang melawat serta bertanya tentang kesihatan ayahanda tercinta, Tuan Hhj Ahmad Ismail (Pak Ngah).

Untuk makluman semua, ini adalah kali kedua beliau dimasukkan ke wad. Kali pertama pada 10 Jun 2009 (Rabu) adalah disebabkan cirit birit dan kali kedua pula pada Isnin 22 Jun 2009 disebabkan kekurangan gula dalam darah (hipoglisimea) dan tekanan darah agak tinggi sedikit.

Selepas keluar dari wad kali pertama beliau agak sihat cuma terlalu kurang mengambil makanan. Banyak makan bubur sahaja. Kurang selera makan katanya. Mungkin disebabkan itu, maka kandungan gula dalam darahnya turun dan menyebabkan hipoglisemia.

Keadaan sekarang sudah beransur pulih dan akanterus dipantau oleh kami sekeluarga. Diharapkan agar semua mendoakan agar Pak Ngah sentiasa sihat dan ceria sentiasa.

Itu sahaja untuk makluman semua. Sekian adanya.

(p/s: untuk makluman semua, Pak Ngah telah keluar dari hospital pada Khamis 25 Jun 2008 dan keadaanya bertambah sihat,cuma batuk-batuk sedikit sahaja. Sekian untul makluman)

26 Jun 2009

Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman blog keluarga kami. Oleh kerana keghairahan keluarga Mat Tuyu membina dan mengemaskini laman blog keluarga masing-masing, maka saya dengan rasa tanggungjawab dan rendah diri telah mewujudkan satu lagi sub blog di bawah keluarga Mat Tuyu iaitu Zamnah @ Mak Ngah Mat Tuyu.

Walaupun agak sibuk kebelakangan ini ditambah dengan tugas mengemaskini laman blog Keluarga Mat Tuyu, maka kemunculan sub blog ini agak terlewat sedikit daripada yang lain. Oleh sebab itu mulai hari ini saya terpaksa mengemaskini 2 blog sekaligus.

Oleh itu jikalau saya terlambat atau lewat mengemaskini laman blog ini saya harap semua dapat memahami situasi yang saya hadapi. Saya akan sedaya upaya akan memberikan yang terbaik untuk kedua-dua blog ini.


Sekian. Terima Kasih.


Mari Berborak