http://www.emailcashpro.com

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha & Selamat Menjalani Ibadah Haji & Korban

Di kesempatan ini, kami semua dari Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat terutama kepada Keluarga Mat Tuyu dan selamat menjalani ibadah korban dan ibadah Haji kepada ahli keluarga kita yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Sebagai mengubat kerinduan kepada mereka, disiarkan gambar-gambar ketika Keluarga Mat Tuyu menjalani ibadah Umrah di sana sekitar tahun 2000.



 Gambar mereka di Jabal Rahmah, tempat Wukuf di Arafah


 Bergambar di hotel penginapan, masa ini Tok Long masih lagi sihat, dapat juga merasa pergi ke Tanah Suci walaupun hanya ibadah Umrah


 Dua bakal haji kita mengapit Pok Usu dan Mak Ngah


 Mak Ngah di hotel penginapan bersama Mak Unggal, Makcik & Mak Yah (Allahyarhamah)

13 November 2009

Gempar...Burung Enggang@Kenyalang Di Rumah Mak Ngah


Burung Enggang sedang berehat di depan rumah Mak Ngah


Kelihatan kumpulan burung enggang sedang hinggap



Sedang hinggap di atas wayar telefon

Entri kali ini saja nak kongsi pasal burung enggang @ kenyalang yang tetiba pagi ini 13 November 2009 sebanyak lebih kurang 10 ekor singgah & hinggap di sekitar rumah Mak Ngah.

Mulanya ingatkan utusan dari Sarawak, mana la tau kan, Pak Ajak @ Juriblog tengah buat pemantauan dengan hantar burung dari sana...hahahaha!!!

Cuma konfius je skit, ada orang kata burung kenyalang...ada orang kata burung enggang, jadi .... lu fikir la sendiri.

01 November 2009

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-62 Buat Mak Long Gayah

Selamat bertemu kembali...

Entri kali ini, kita rehat dulu dari al-kisah kereta, nanti kemudian kita sambung kembali, sebab kali ini entri tentang ucapan Selamat Hari Jadi & Allah Selamatkan Kamu, buat Puan Latifah Hj Mohamed @ Mak Long Gayah ke-62 tahun. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Happy Belated Birthday To You kepada Mak Long Gayah semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan sihat tubuh badan dari seluruh Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu.

Terlanjur dah buat ucapan, saja nak kongsikan gambar dua anak perempuan Tuan Haji Mohamed Hamzah @ Mat Tuyu. Kedua-duanya anak tunggal perempuan dari Puan Hjh Zainah dan Puan Hjh Ramlah hasil perkongsian hidup dengan Tuan Hj Mohamed @ Mat Tuyu.

Bandingkanlah kedua-dua gambar berikut. Gambar yang pertama diambil kira-kira lebih 20 tahun yang lalu di rumah mereka di Batu 1, Bakri Muar.

Manakala gambar di bawah ini merupakan gambar yang diambil malam tadi (31 Oktober 2009), sempena majlis sambutan hari lahir Long Gayah ke-62 di Mann Chalet.


Ada tak nampak apa-apa perbezaan??? Hehehe...rasa-rasanya...hmm...lu pikir la sendiri...Hahaha.

Apa pun didoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , ditetapkan iman serta dijauhkan dari segala penyakit. Aminn...

Mari Berborak