http://www.emailcashpro.com

01 November 2009

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-62 Buat Mak Long Gayah

Selamat bertemu kembali...

Entri kali ini, kita rehat dulu dari al-kisah kereta, nanti kemudian kita sambung kembali, sebab kali ini entri tentang ucapan Selamat Hari Jadi & Allah Selamatkan Kamu, buat Puan Latifah Hj Mohamed @ Mak Long Gayah ke-62 tahun. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Happy Belated Birthday To You kepada Mak Long Gayah semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan sihat tubuh badan dari seluruh Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu.

Terlanjur dah buat ucapan, saja nak kongsikan gambar dua anak perempuan Tuan Haji Mohamed Hamzah @ Mat Tuyu. Kedua-duanya anak tunggal perempuan dari Puan Hjh Zainah dan Puan Hjh Ramlah hasil perkongsian hidup dengan Tuan Hj Mohamed @ Mat Tuyu.

Bandingkanlah kedua-dua gambar berikut. Gambar yang pertama diambil kira-kira lebih 20 tahun yang lalu di rumah mereka di Batu 1, Bakri Muar.

Manakala gambar di bawah ini merupakan gambar yang diambil malam tadi (31 Oktober 2009), sempena majlis sambutan hari lahir Long Gayah ke-62 di Mann Chalet.


Ada tak nampak apa-apa perbezaan??? Hehehe...rasa-rasanya...hmm...lu pikir la sendiri...Hahaha.

Apa pun didoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , ditetapkan iman serta dijauhkan dari segala penyakit. Aminn...

Tiada ulasan:

Mari Berborak