http://www.emailcashpro.com

13 Disember 2009

Jenjalan Carik Makan


Assalamualaikum...

Nampaknya hujung minggu nie takde aktiviti nak buat. Selalunya macam minggu lepas, banyak jemputan kenduri orang kahwin, tapi minggu nie nampaknya takde langsung. Tapi minggu-mingu berikutnya memang la bersusun-susun la pulak.

Jadiknya, untuk mengisi masa hujung minggu nie, Pak Ngah ajak makan asam pedas kat Parit Jawa. Biasa la dekat Medan Asam Pedas Parit Jawa kat tepi laut tu.

Time hujung minggu nie memang ramai pengunjung, jadinya kebanyakan lauknya pun dah nak abis, itu datang pukul 12, kalau datang pukul 2, tinggal periuk dengan kuahnya saja.

Taknak cerita bebanyak, gambar boleh menceritakan pelbagai makna...hehehe...


Pak Ngah & Mak Ngah berselera makan nampaknya...sesekali makan asam pedan masakan kedai pulak...asyik masakan sendiri ajer...sesekali pekena lauk kedai pulak



Menantu Mak Ngah nie jeling-jeling ajer...tengah jeling telur dadar, sayur kacang potong, sambal belacan atau ...


Inilah dia lauk kami tengahari tadi...ikan cencaru & kepala ikan jenahak...ikan lain Pak Ngah tak berkenan...ikan merah & pari dah abis daa...


Mak Ngah mencekut sayur kacang, minuman faberet, air sirap...hahaha


Lain-lain pengunjung yang datang makan di Medan Asam Pedas Pt Jawa nie...


Bukan orang Melayu aje...kaum Cina pun minat makan asam pedas tau...siap hirup kuah asam pedas lagi...1Malaysia la katakan....

01 Disember 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Puan Rahmah Bte Ahad



Allahyarhamah Puan Rahmah Bte Ahad (kiri) bersama anak beliau ketika majlis perkahwinan blogmaster 4 tahun lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hanya ingin memaklumkan kepada keluarga terdekat tentang kembalinya ke Rahmatullah adik bongsu kepada Allahyarhaman Hjh Zainah Ahad iaitu Puan Rahmah Ahad atau lebih dikenali dikalangan keluarga sebagai Busu Halus.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kluang petang tadi, Selasa 01 Disember 2009 akibat sakit kencing manis dan akan dikebumikan di Simpang Renggam. Beliau berusia 76 tahun.

Beliau merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik dan merupakan anak pasangan Tok Ahad bin Kassim dan Tok Sipah bte Hj Omar iaitu ibu bapa kepada Tok Long, Hjh Zainah Ahad.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin..

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha & Selamat Menjalani Ibadah Haji & Korban

Di kesempatan ini, kami semua dari Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat terutama kepada Keluarga Mat Tuyu dan selamat menjalani ibadah korban dan ibadah Haji kepada ahli keluarga kita yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Sebagai mengubat kerinduan kepada mereka, disiarkan gambar-gambar ketika Keluarga Mat Tuyu menjalani ibadah Umrah di sana sekitar tahun 2000.



 Gambar mereka di Jabal Rahmah, tempat Wukuf di Arafah


 Bergambar di hotel penginapan, masa ini Tok Long masih lagi sihat, dapat juga merasa pergi ke Tanah Suci walaupun hanya ibadah Umrah


 Dua bakal haji kita mengapit Pok Usu dan Mak Ngah


 Mak Ngah di hotel penginapan bersama Mak Unggal, Makcik & Mak Yah (Allahyarhamah)

13 November 2009

Gempar...Burung Enggang@Kenyalang Di Rumah Mak Ngah


Burung Enggang sedang berehat di depan rumah Mak Ngah


Kelihatan kumpulan burung enggang sedang hinggap



Sedang hinggap di atas wayar telefon

Entri kali ini saja nak kongsi pasal burung enggang @ kenyalang yang tetiba pagi ini 13 November 2009 sebanyak lebih kurang 10 ekor singgah & hinggap di sekitar rumah Mak Ngah.

Mulanya ingatkan utusan dari Sarawak, mana la tau kan, Pak Ajak @ Juriblog tengah buat pemantauan dengan hantar burung dari sana...hahahaha!!!

Cuma konfius je skit, ada orang kata burung kenyalang...ada orang kata burung enggang, jadi .... lu fikir la sendiri.

01 November 2009

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-62 Buat Mak Long Gayah

Selamat bertemu kembali...

Entri kali ini, kita rehat dulu dari al-kisah kereta, nanti kemudian kita sambung kembali, sebab kali ini entri tentang ucapan Selamat Hari Jadi & Allah Selamatkan Kamu, buat Puan Latifah Hj Mohamed @ Mak Long Gayah ke-62 tahun. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Happy Belated Birthday To You kepada Mak Long Gayah semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan sihat tubuh badan dari seluruh Keluarga Mak Ngah Mat Tuyu.

Terlanjur dah buat ucapan, saja nak kongsikan gambar dua anak perempuan Tuan Haji Mohamed Hamzah @ Mat Tuyu. Kedua-duanya anak tunggal perempuan dari Puan Hjh Zainah dan Puan Hjh Ramlah hasil perkongsian hidup dengan Tuan Hj Mohamed @ Mat Tuyu.

Bandingkanlah kedua-dua gambar berikut. Gambar yang pertama diambil kira-kira lebih 20 tahun yang lalu di rumah mereka di Batu 1, Bakri Muar.

Manakala gambar di bawah ini merupakan gambar yang diambil malam tadi (31 Oktober 2009), sempena majlis sambutan hari lahir Long Gayah ke-62 di Mann Chalet.


Ada tak nampak apa-apa perbezaan??? Hehehe...rasa-rasanya...hmm...lu pikir la sendiri...Hahaha.

Apa pun didoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , ditetapkan iman serta dijauhkan dari segala penyakit. Aminn...

30 Oktober 2009

Al-Kisah Kereta Episod 2

Kete Ford Anglia, kete ke-5 Pak Ngah (bukan gambar sebenar)

Bertemu kembali...

Nampaknya rumah dah mula bersawang...hehehe..sebelum juriblog kita juling bijik mata tengok benda yang sama aje, lebih baik cepat-cepat kita posting yang baru.

Kalau entri lepas dah cerita 3 kereta pertama Pak Ngah, entri kali ini nak cerita 3 lagi kereta milik Pak Ngah.

Kereta keempat modelnya Morris Minor (no platnya JB 2639) semula...tak tau la kenapa...tapi kete yang nie memang banyak nostalgia. Nak tau...teruskan membaca...

Nostalgia pertama, kete ke-4 Pak Ngah nie banyak insiden. insiden pertama melibatkan sedikit kemalangan la. Nak dijadikan cerita, kete nie Pak Ngah bawak pegi umah Tok Minah, kat Tedung, Melaka masa tu kalau tak silap, Mak Noor, adik Mak Cik Zizah kita kahwin. Masa tu tak silap cuti tahun baru Cina, jadi kete banyak. So Arwah atuk Mat Tuyu cam rasa tak sedap hati, so dia suruh Pok Teh (En Shaari Abd Rahman) follow la kete Pak Ngah sepanjang jalan balik ke Muar.

Nak dijadikan cerita, tiba di jambatan Muar, kete masa tu panjang dan jammed, so Pak Ngah tak berapa cekap nak imbang kete masa kat atas jembatan tu, so apa lagi kete tu menggelungsur ke belakang dan menghentam kete Pok Teh yang kebetulan memang betul2 kat belakang kitaorg. So dekat 2-3 kali la kete Pok Teh kena hentam sebelum kete Pak Ngah dapat mengimbang dan teruskan perjalanan ke umah atuk.

Kete Morris Minor, kete ke-4 Pak Ngah (bukan gambar sebenar tapi kaler memang cam kete yang sebenar...sebab kete sebenar memang kaler kuning camni)

Kisah tu tak terenti sampai situ aje..ade kisah lagi... Nak dijadikan cerita gak, pegi ke Melaka tapi lokasi yang lain di Bachang, Melaka. Masa tu kisah pergi orang kawen jugak, anak sedara pak Ngah En Amir Hj Omar. Kete nie meragam pulak kat tengah jalan. Hantar bengkel dan repair. So beberapa hari lepas tu saya dan Pak Ngah pergi la nak ambik kete ni. Tetapi malangnya tiba di tengah Bandar Melaka, kete nie meragam lagi. So saya dengan tebal muka kena lah menolak kete tu di tengah2 tengah bandar sambil memekakkan teling dengar hon kete yang lain. Rupa2nya clutch kete nie dah haus. Patut la meragam. So kena gi repair lagi kat Merlimau sambil kitaorg balik naik bas ke Muar.

Banyak betul nostalgia & kenangan di sebalik cerita kete nie. Last but not least, kete nie pun kena jual jugak.

Kereta kelima kalau tak silap modelnya Ford Anglia (MA 4842). Kalau sapa nak tau, kete nie model tahun 1960-an, saya pun baru tahu ari nie, sebab nak cari gambar kete nie dalam internet, gambarnya seperti di atas sekali. Kete ni rasanya bagus tapi biasalah kete vintage @ antik, so macam-macam ragamnya. Tak lama pastu arwah atuk Mat Tuyu meninggal...nak dijadikan cerita kalau tak silap ler kete tok abah tu kitaorg tukar dengan kete Ford Anglia tu sebab Pokde berkenan sangat dengan kete Anglia tu..hehehe.

Jadi, kereta keenam Pakngah modelnya Morris Minor atuk abah (no platnya BP 3634) warna belang merah & hitam, yang semua orang sedia maklum keretanya.

Kete BP 3634 nie pun ade kisah tersendiri. Masa tu tahun 1991 kalau tak silap. Kitaorang kalau berbelanja pergi Kedai Ah The kat Bakri Batu 6. So satu petang tu saya, Pak Ngah & Mak Ngah pergilah berbelanja kat kedai tu. Selesai berbelanja, kitaorg singgah jap kat umah atuk kat Batu 5 dan pas tu nak balik ke rumah.

On the way nak balik ke umah, Pak Ngah bawak kete laju dan boleh potong 2 treler sekali gus dan lepas potong treler tu terus laju hingga sampai kat traffic light kat simpang masuk ke Sg Abong. Kat situ Pak Ngah tak dapat nak break lalu menghentam kete Proton Saga. Pak Ngah ingat kete tu macam kete jepun boleh break emergency sekali gus, tapi kete tu pakai break angin, jadi kena tekan 2-3 kali baru boleh break, sebab tu la terus hentam kete kat depan. Habis semua barang-barang belanja tadi lintang pukang, telur setray pun pecah berderai.


Inilah kete ke-6 Pak Ngah...haa..yang nie memang gambar kete sebenar tapi orangnya tu bukan Pak Ngah tapi Allahyarham Ayahlong (diambil dari blog Pak Anjang)

Lepas daripada eksiden tu, lama gak Pak Ngah tak beli dan bawak kete. Dari kejadian itulah Mak Ngah pun fobia nak naik kete yang Pak Ngah bawak, kalau orang bawak kete laju pun dia mula bising-bising.

Tapi itu bukan alasan yang Pak Ngah tak pakai kete lagi...Nak tau kisah selanjutnya...tunggu pulak Episod 3.

22 Oktober 2009

Al-Kisahnya...Episod 1

Assalamualaikum...


Nampaknya ramai tuan umah dah mengeluh kekeringan idea untuk menulis dalam blog. Jadi blogmaster pun sedang memerah otak & tenaga memikirkan entri-entri yang menarik untuk di postingkan. Tengah layan bernostalgia, tetiba teringat satu topik yang tak kurang menarik. Nak tau apa dia, jom layannnn...zzzzzzzzzaz....


Dah agak lama tengok umah nie nak mula bersawang, jadi rasanya taknak nanti kena kutuk pulak, jadi nak bukak topik baru plak. Kalau minggu2 lepas,cerita rumah terbuka seminggu stright, jadi kali ini nak tukar topik pulak. Nanti dah reda sikit masukkan balik cerita umah terbuka lagi, sebab cerita umah terbuka nie panjang ceritanya.


Baiklah, kalau blog Mat Tuyu bercerita nostalgia di sebalik bas Len Ho, blog keluarga nie pun nak bercerita tentang kenderaan tetapi kali ini bukan bas tetapi cerita kereta pulak.


Nak dijadikan cerita oleh yang empunya cerita, sedang asyik mashyuk bernostalgia tentang bas, terkenang satu lagi kenderaan yang banyak juga meninggalkan kesan dan nostalgia di sanubari penglipur lara ini, tak lain dan tak bukan ialah kereta.


Bukannya apa, kalau sesapa masih lagi ingat, rasa-rasanya Pak Ngah lah merupakan pemegang rekod dalam keluarga Mat Tuyu yang memiliki lebih dari pada 10 buah kereta.


Kenapa......................???? Tak percaya........................???


Kalau tak percaya, bacalah nukilan penglipur lara seterusnya. Kalau sekali baca cam lirik lagu Tan Sri S.M Salim tau, Apa Nak Jadi.........Teruskan membaca.....


Kereta pertama Pak Ngah sekitar tahun 1985-86, modelnya Morris Minor, cam kete atuk abah Mat Tuyu jugak, mungkin mengambil berkat sempena kete pak mertuanya la gak. Kalau tak salah, ketenya warna biru cam gambo di bawah nie. Tapi ketenya asyik rosak maka dijualkan sudah....


Kete Morris Minor (bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)


Kereta kedua modelnya Mini Minor @ Mini Austin (no platnya JB 2731), ala cam kete Mr. Bean tu. Ketenya cam gambar di bawah. Warna navy blue, tapi masalahnya kete nie asyik overflow ajer...berasap daa...baru jalan 20 batu berasap...so, kena tendang la jugak....


Kete Mini Austin (bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)


Kereta ketiga modelnya Mazda 323 (no platnya lupa daa...) kalau tak silap ler. Warnanya blue black. Gambonya cam kat bawah tu. Kete nie jangka hayatnya lama sikit sebab takde problem. Tapi nak dijadikan cerita rupanya kete nie kete potong setelah dibelek2 oleh Arwah AyahLong. So..kena tendang la lagi...


Kete Mazda 323(bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)

Apa??? Nak tau kisah selanjutnya...hehehe,,,kena tunggu sambungannya la pulak.......Kenapa nak kena sambung???..... Sebab ceritanya belum abis dan panjang sangat daa....jadi esok lusa blog nie takde la bersawang...hehehe.

Nak tau kete apa pulak selepas nie...tunggu la sambungannya la yer....Episod 2.

17 Oktober 2009

Kunjungan Ke Rumah Terbuka Ir Mazid-Pn Enon

Assalamualaikum...

Dalam minggu ini, keluarga Mak Ngah menerima banyak jemputan rumah terbukan dari awal minggu hinggalah penutup hari raya termasuklah Hari Deepavali. Minggu ni saja dah dekat 4-5 buah rumah terbuka kami pergi, jadi tak larat la nak update semua gambar-gambar. Mana-mana yang berkenaan kami masukkan dalam blog, yang lain tu simpan je la untuk kenangan sendiri.

Entri kali ini ialah gambar-gambar sekitar rumah terbuka Ir. Mazid & Puan Enon kita pada Khamis malam Jumaat lepas, 15 Oktober 2009. Menunya special, nasi Bukhari. Nak tau apa yag kami laporkan sila lah tengok gambar-gambar ini :

Kemeriahan ketika majlis berlangsung, khemah tema biru air laut, sama dengan pakaian tuan rumah jugak...

Inilah menunya..special tau..nasi bukhari, ayam masak black pepper, ader kambing kuzi dan ada papadom dan puding dadih (tiada dalam gambar)

Kelihatan Pokde sampai membetulkan cermin mata. mungkin sebab terlalu sedap, sampai cermin mata nak tertanggal tu.. Kelihatan juga Pak Ngah, Mokde, Mak Ngah, Long Gayah & Siti Chah

Aksi Roslan & Abg Nyai dengan papadom mereka sambil Rafisya ketawa sedang disuap oleh emaknya, Mazuin

Kesibukan tuan rumah memang tak dapat dinafikan, ke hulu kehilir aje melayan tetamu

Mem besar nie pun nampaknya sibuk, sampai tak perasan orang ambil gambarnya

Haa...ini dia blogger tegar sedang menjamu selera bersama suami tercinta... Blogger tegar ni lewat skit datang sebab tu tak sempat nak snap gambo...takpe, kita org tolong snapkan...

Ini antara lauk pauk yang disediakan, nampaknya cam licin licau dikejakan tetamu

Wah, wah, wah..pebenda la mak-mak dara nie tengah gosip yer...ada gosip sensasi ker?? Citer skit...

14 Oktober 2009

Beraya Di Rumah Terbuka En Latif-Pn Suzana

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Nampaknya laman blog nie dah bersawang skit, maklumlah tuan empunya blog nie kena jaga dua blog sekaligus. Jadi paham-paham aje la. Sana nak kejor, sini nak kejor..sampai tak terkejor-kejor. Mana yang sempat update tu nasib la yer.

Oeh sebab entri ini lebih menjurus kepada aktiviti keluarga, maka dipostingkan le kat laman blog nie. Kalau yang melibatkan semua, baru la gi posting kat blog utama di sana.

Jadinya inilah sedikit bingkisan yang sempat dirakamkan semasa mengunjungi rumah terbuka En Latif & Puan Suzana. Esok ader lagi umah terbuka...jadi nantikan entri seterusnya esok...nak masuk tido la...dah malam nie...

Tiga orang kuat sedang dodok berbual

Tuan rumah tengah dodok merenung orang menyanyi

Pokde nampaknya rancak yer menyanyi lagu Pop Yeh Yeh

Antara hadirin yang hadir, kelihatan Mak Ton, Makcik & Mak Long

Pak Ngah & Mak Ngah bersama Kak Noli & Maklong Gayah..makan per tu...

Ewah...siap peace lagi dua beranak nie yer

Si kecik sedang khusyuk bermarhaban

Sedang bersantai-santai kot...

Empat dara duduk di atas kerusi sofa...apa la yang dibualkan tu yer...

06 Oktober 2009

Keluarga Mak Ngah Di Majlis Perkahwinan Mashitah-Syed

Kelihatan Pak Ngah duduk bersama-sama hadirin yang lain

Mak Ngah, menantunya Ita & geng baju belang rimau sedang berborak..ntah apa yang diborakkan tu...


Pak Ngah sedang duduk bersandar...sambil di backup oleh Mr. Nyai

Pak Ngah pakai kain dan bertongkat..maklumlah dah uzur sikit.. tapi masih kuat semangat


Mak Ngah duduk di bawah pokok dengan jemputan..tak kenal la sapa tu...

30 September 2009

Cucu Pak Ngah & Mak Ngah Berhari Raya

Dua beradik berbaju jingga, Fatin & Fara

Tok Abah bergambar dengan Atin

Tok Abah diapit oleh Atin & Arah

Atin berposing ajer...pantang jumpa kamera...akaknya malu-malu jer

Tiga dara pingitan

Aksi Dak Aah @ Comel dapat duit rayer

Mari Berborak