Assalamualaikum...
Dalam minggu ini, keluarga Mak Ngah menerima banyak jemputan rumah terbukan dari awal minggu hinggalah penutup hari raya termasuklah Hari Deepavali. Minggu ni saja dah dekat 4-5 buah rumah terbuka kami pergi, jadi tak larat la nak update semua gambar-gambar. Mana-mana yang berkenaan kami masukkan dalam blog, yang lain tu simpan je la untuk kenangan sendiri.
Entri kali ini ialah gambar-gambar sekitar rumah terbuka Ir. Mazid & Puan Enon kita pada Khamis malam Jumaat lepas, 15 Oktober 2009. Menunya special, nasi Bukhari. Nak tau apa yag kami laporkan sila lah tengok gambar-gambar ini :
Kemeriahan ketika majlis berlangsung, khemah tema biru air laut, sama dengan pakaian tuan rumah jugak...
Inilah menunya..special tau..nasi bukhari, ayam masak black pepper, ader kambing kuzi dan ada papadom dan puding dadih (tiada dalam gambar)
Kelihatan Pokde sampai membetulkan cermin mata. mungkin sebab terlalu sedap, sampai cermin mata nak tertanggal tu.. Kelihatan juga Pak Ngah, Mokde, Mak Ngah, Long Gayah & Siti Chah
Aksi Roslan & Abg Nyai dengan papadom mereka sambil Rafisya ketawa sedang disuap oleh emaknya, Mazuin
Kesibukan tuan rumah memang tak dapat dinafikan, ke hulu kehilir aje melayan tetamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan