http://www.emailcashpro.com

22 Oktober 2009

Al-Kisahnya...Episod 1

Assalamualaikum...


Nampaknya ramai tuan umah dah mengeluh kekeringan idea untuk menulis dalam blog. Jadi blogmaster pun sedang memerah otak & tenaga memikirkan entri-entri yang menarik untuk di postingkan. Tengah layan bernostalgia, tetiba teringat satu topik yang tak kurang menarik. Nak tau apa dia, jom layannnn...zzzzzzzzzaz....


Dah agak lama tengok umah nie nak mula bersawang, jadi rasanya taknak nanti kena kutuk pulak, jadi nak bukak topik baru plak. Kalau minggu2 lepas,cerita rumah terbuka seminggu stright, jadi kali ini nak tukar topik pulak. Nanti dah reda sikit masukkan balik cerita umah terbuka lagi, sebab cerita umah terbuka nie panjang ceritanya.


Baiklah, kalau blog Mat Tuyu bercerita nostalgia di sebalik bas Len Ho, blog keluarga nie pun nak bercerita tentang kenderaan tetapi kali ini bukan bas tetapi cerita kereta pulak.


Nak dijadikan cerita oleh yang empunya cerita, sedang asyik mashyuk bernostalgia tentang bas, terkenang satu lagi kenderaan yang banyak juga meninggalkan kesan dan nostalgia di sanubari penglipur lara ini, tak lain dan tak bukan ialah kereta.


Bukannya apa, kalau sesapa masih lagi ingat, rasa-rasanya Pak Ngah lah merupakan pemegang rekod dalam keluarga Mat Tuyu yang memiliki lebih dari pada 10 buah kereta.


Kenapa......................???? Tak percaya........................???


Kalau tak percaya, bacalah nukilan penglipur lara seterusnya. Kalau sekali baca cam lirik lagu Tan Sri S.M Salim tau, Apa Nak Jadi.........Teruskan membaca.....


Kereta pertama Pak Ngah sekitar tahun 1985-86, modelnya Morris Minor, cam kete atuk abah Mat Tuyu jugak, mungkin mengambil berkat sempena kete pak mertuanya la gak. Kalau tak salah, ketenya warna biru cam gambo di bawah nie. Tapi ketenya asyik rosak maka dijualkan sudah....


Kete Morris Minor (bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)


Kereta kedua modelnya Mini Minor @ Mini Austin (no platnya JB 2731), ala cam kete Mr. Bean tu. Ketenya cam gambar di bawah. Warna navy blue, tapi masalahnya kete nie asyik overflow ajer...berasap daa...baru jalan 20 batu berasap...so, kena tendang la jugak....


Kete Mini Austin (bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)


Kereta ketiga modelnya Mazda 323 (no platnya lupa daa...) kalau tak silap ler. Warnanya blue black. Gambonya cam kat bawah tu. Kete nie jangka hayatnya lama sikit sebab takde problem. Tapi nak dijadikan cerita rupanya kete nie kete potong setelah dibelek2 oleh Arwah AyahLong. So..kena tendang la lagi...


Kete Mazda 323(bukan kete sebenar, gambar hiasan semata-mata)

Apa??? Nak tau kisah selanjutnya...hehehe,,,kena tunggu sambungannya la pulak.......Kenapa nak kena sambung???..... Sebab ceritanya belum abis dan panjang sangat daa....jadi esok lusa blog nie takde la bersawang...hehehe.

Nak tau kete apa pulak selepas nie...tunggu la sambungannya la yer....Episod 2.

Tiada ulasan:

Mari Berborak