http://www.emailcashpro.com

14 Ogos 2014

Ulang Tahun Kelahiran Jubli Intan 75 tahun Tuan Haji Ahmad Ismail (14 Ogos 2014)

Assalamualaikum,

Hari ini 14 Ogos 2014 merupakan ulangtahun ke-75 tahun buat Tuan Haji Ahmad Ismail. Kiranya sudah layak menyambut Jubli Intan tahun ini.

Walaupun tiada sambutan rasmi hari ini, tetapi sambutan ulangtahun ke-75 tahun tersebut telah diawalkan sambutannya pada 1 Syawal 1435H yang lepas.

Walaupun usia telah 75 tahun tetapi semangat tetap utuh dan kuat seperti orang muda

Kek ini sumbangan Cik Rashidah Mahzan, dapat dua kek lagi sebab
Cik Rashidah juga menyambut ulangtahun kelahiran pada 14 Ogos juga

Membaca doa selamat mendoakan kesejahteraan semua

Sebelum itu, nyalakan lilin dan nyanyian ucap selamat
Allah Selamatkan Kamu...

Siap sedia nak tiup lilin

Alhamdulillah, tercapai hajat dan hasrat menyambut ulangtahun ke-75 tahun
walaupun diawalkan

Semoga Tuan Haji Ahmad Ismail, ditetapkan iman, disihatkan jasmani dan rohani, dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki serta sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin!!!

Tiada ulasan:

Mari Berborak