http://www.emailcashpro.com

03 Ogos 2009

Penjelasan Tentang Keadaan Pak Ngah Tempohari

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ada terbaca posting saya di Blog Keluarga Mat Tuyu pada 31 Julai 2009, saya ada menulis tentang dugaan terbesar.

Sebenarnya pada pagi Jumaat 31 Julai 2009 jam 2.00 pagi, saya sekeluarga terpaksa menghantar Pak Ngah ke Unit Kecemasan Hospital pakar Sultanah Fatimah Muar kerana keadaan beliau yang agak lemah dan muntah-muntah semula.

Pada pukul 6 pagi barulah beliau dimasukkan ke Wad 7. Oleh itu kami sekeluarga telah sepakat untuk merahsiakan sebentar kemasukkan beliau ke wad atas sebab-sebab tertentu.

Antara sebabnya ialah kami tidak mahu majlis yang telah dirancangkan tergendala kerana masalah tersebut dan tidak mahu ahli keluarga risau tentang keadaan beliau kerana majlis yang dirancangkan kurang dari 48 jam untuk dijalankan.

Oleh itu, selepas berbincang dengan doktor yang merawat beliau, mereka bersetuju Pak Ngah dibawa keluar untuk menyambut majlis tersebut tetapi dengan syarat sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, pihak hospital tidak bertanggungjawab kerana beliau dikeluarkan atas permintaan keluarga dan beliau sendiri. Kemudian kami diminta memasukkan beliau semula ke wad pada pagi 2 Ogos 2009 kerana dijangka pada 3 Ogos, doktor akan mengadakan ujian endoskopi (masukkan kamera ke dalam perut) unutk memeriksa keadaan perut dan usus Pak Ngah.

Jadi pada tengahari 1 Ogos 2009, beliau dibawa keluar ke hospital terus ke rumah dan sehingga majlis berlangsung pada malam 1 Ogos tersebut. Kemudian pada tengahari 2 Ogos kami menghantar beliau semula ke hospital hinggalah ke hari ini.

Oleh itu saya mewakili Keluarga Mak Ngah meminta maaf sekiranya terpaksa merahsiakan sebentar keadaan Pak Ngah tempohari. Bukan sengaja tetapi ada sebabnya.

Itulah sahaja cerita disebalik nukilan pada 31 Julai 2009.

Tiada ulasan:

Mari Berborak