14 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Tuan Haji Ahmad Ismail Ke -70

Hari ini 14 Ogos 2009, genaplah usia Ayahandaku yang tercinta, Tuan Haji Ahmad bin Ismail yang ke-70. Walaupun majlis sambutan hari lahir beliau telah diadakan lebih awal pada 1 Ogos 2009, di sini saya tetap akan meraikan majlis sambutan hari lahir beliau walaupun dalam keadaan beliau terlantar di hospital sejak 3 hari lalu (dimasukkan ke hospital pada hari Selasa malam) kerana kekurangan gula.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada beliau semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan akal fikiran agar dapat terus membimbing dan menerajui keluarga kami khasnya dan Keluarga Mat Tuyu amnya.

Saya juga memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah.

Di sini juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-38 kepada Kak Idah yang juga menyambut hari lahir pada hari ini (14 Ogos 1971). Juga didoakan panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan akal agar dapat memimpin kami menubuhkan member committee untuk keluarga kita.

2 ulasan:

Shidah Bt Mahzan berkata...

Kami dr kuarga Long Gayah juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun bagi Pak Ngah semoga sentiasa di beri kesihatan yg sempurna hendaknya. Amin

aza berkata...

Kami dari keluarga pokde juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun bagi Pak Ngah semoga sentiasa di beri kesihatan yg sempurna,kesejahteraan dan juga kedamaian hati.....

Mari Berborak