http://www.emailcashpro.com

14 Julai 2009

Berita Terkini

(Terkini : Setakat 11.30 pg tadi, Pak Ngah telah dimasukkan ke Wad 7, HPSF, Muar)

Dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Pak Ngah buat masa ini kurang memuaskan. Setakat jam 10 pagi ini (14 Julai 2009), beliau masih lagi berada di dalam bilik kecemasan (belum dimasukkan wad lagi) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana muntah-muntah (disyaki penyakit gastrik - alahan ubat hospital) sejak 3 hari lepas. Mungkin ada blog keluarga yang lain telah memaklumkan perkara ini. Saya meminta maaf sekiranya lambat memaklumkan perkara ini kerana sibuk menguruskan keadaan beliau yang kurang sihat.

Terima kasih kepada semua keluarga terutama kepada Pak Ajak sekeluarga yang menelefon jauh dari Bintulu semata-mata ingin mengetahui keadaan terkini Pak Ngah setakat ini.

Saya berharap agar semua ahli keluarga kita dapat mendoakan agar Pak Ngah cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki beliau.

Sekian sahaja berita buat masa ini. Saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini ini dari semasa ke semasa.

2 ulasan:

Muhammad berkata...

salam....
kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat Pak Ngah...semoga Allah memberikan keberkatan kesihatan kepada Pak ngah untuk terus beribadat kepadaNya....amin

Shidah Bt Mahzan berkata...

Keluarga Long Gayah berdoa agar segala2 nye akan selamat dan Pak Angah akan sihat seperti sediakala hendaknya.Amin..........

Mari Berborak