06 Julai 2009

Posto...Posto... Pengumuman Penting

(Untuk berlaku adil, maka posting yang sama diletakkan di sini sebagai backup)
Muar Traders Hotel, tempat akan berlangsung majlis keluarga kita semua

Adalah dimaklumkan bahawa setelah diteliti dan dibincangkan dengan mendalam,maka Majlis sambutan hari jadi yang sepatutnya akan diadakan di Batu 5, Bakri telah diubah tempatnya ke Muar Traders Hotel, Muar. Ini adalah bagi memenuhi hasrat Tuan Hj Ahmad yang ingin mengadakan majlis tersebut di hotel tersebut yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu).


Sambutan hari jadi tersebut bukan hanya untuk meraikan ulangtahun Hari Jadi beliau yang ke 70 pada tahun ini, tetapi juga akan meraikan seluruh Keluarga Mat Tuyu yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Sambutan ini juga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita yang telah lama tidak berkumpul beramai-ramai.


Selain itu, kita cuba membuat kelainan bagi acara kali ini memandangkan keluarga kita belum pernah menganjurkan majlis seperti ini di hotel. Jadi secara tidak langsung, kita mengurangkan beban keluarga, tidak payah memasak, tidak payah mengemas, datang dan kita raikan beramai-ramai. ini merupakan julung-julung kali keluarga kita akan mengadakan majlis di hotel, jadi standard la skit Keluarga Mat Tuyu.


Sehubungan dengan itu, saya sebagai blogmaster dan penganjur bersama majlis tersebut memohon jasa baik anda sepupu-sepupu sekalian agar dapat menyumbang sedikit saguhati bagi menjayakan majlis tersebut. Untuk makluman semua Pak Ngah telah pun bersetuju menyumbangkan sebanyak RM 1,000.00 untuk merealisasikan majlis tersebut.

Oleh itu diminta saudara saudari sekalian agar dapat menyumbang sedikit sekurang-kurangnya RM 50.00 seorang. Sebenarnya tiada had yang ditetapkan untuk sumbangan tersebut. Sesiapa yang ingin menyumbang lebih amat dialu-alukan. Kalau saudara-saudari menyumbang RM 10 pun kita menerimanya. Sumbangan tersebut adalah untuk menampung kos menyewa dewan hotel dan kos makanan serta lain-lain kos seperti hadiah dan cabutan bertuah yang akan diadakan.


Aturcara majlis akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam blog ini. Majlis ini juga akan dihadiri oleh beberapa orang VIP seperi Dato' SaipolBahri (Ketua UMNO Bahagian Bakri dan Datuk Dr Haris Salleh.


Cadangan dari saudara saudari semua dialu-alukan. Untuk sebarang pembayaran, anda boleh hubungi saya di talian 016-2204045/06-9511029(Rumah) atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 151043809334.


Sekian. Terima kasih untuk makluman semua. Sila panjang-panjangkan pengumuman ini kepada mereka yang tak baca blog ini (tak kira lah apa cara sekalipun; telefon, sms, mms, 3G, webcam dll).


p/s : Pak Ngah pesan (BUKAN blogmaster pesan tau!!!) mungkin ini sambutan terakhir hari jadi beliau. Selepas ini kalau umurnya panjang pun tiada sambutan seumpama ini akan diadakan disebabkan keadaan beliau yang telah uzur.

Tiada ulasan:

Mari Berborak